Assalamualaikum buat semua pembaca yang dikasihi Fillah..Moga semuanya sihat-sihat dan ceria menghadapi segala ujian dalam hidup ini..tersenyumlah menghadapi apa jua rintangan hari ini, kerana di sebalik setiap kesusahan dan ujian itu pasti terselit kemudahan dan hikmah yang tak ternilai harganya..
Betapa kasihnya ALLAH kepada hambanya..lebih daripada kasih seorang ibu kepada anaknya..ALLAH selalu 'ada' menegur kita setiap kali kita terlupa atau tersalah..bila kita semakin jauh dariNYA, didatangkan sedikit ujian, agar kita kembali dekat,merintih dan merayu padanNYA..
Setiap hari ada saja nikmat yang dihadiahkan buat kita..nikmat yang tidak disangka-sangka datang sebagai 'surprise' dan pengubat jiwa yang lara..walaupun kita sering saja lalai dan lupa,namun setiap kali kita memohon keampuanan dan doa, setiap kali itulah jua ALLAH makbulkan, cepat atau lambat..dan kadagkala digantikan pula dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita minta..ALLAHUAKBAR..
Balaslah CINTA ALLAH ini dengan selalu dekat denganNYA..sentiasa mengharap keredhaanNYA dan menghindari apa sahaja yg akan mengundang kemurkaanNYA..selangkah kita rapat kepadaNYA,seribu langkah ALLAH rapat kepada hambanya..moga kita semua berusaha utk menjadi hamba yang sentiasa mencintai dan dicintai ALLAH..insyaALLAH..=)
Sedar tak sedar kita sudah melangkah ke bulan FEBUARI tahun 2012..rasanya baru sahaja febuari tahun lepas berlalu..mungkin inilah tanda kiamat itu sudah terlalu hampir..masa dirasakan terlalu cepat dan pantas berlalu..
Macam-macam berlaku dalam hidup srikandi bulan ini, tak kurang juga peristiwa bersejarah yang berlaku...Bulan Rabiul Awwal, bulan kelahiran Baginda Nabi yang mulia S.A.W..pelbagai cara,ragam dan aktiviti dianjurkan utk membuktikan kecintaan kepada Nabi muhammad tercinta ini..
Bagi srikandi,ingatan kepada Nabi muhammad itu perlu berterusan..bukan utk bulan kelahirannya sahaja..selalulah memuhasabah diri sendiri dengan membaca hadis2,ayat alquran dan sejarah yang menceritakan akhlak mulianya serta menunjukkan kecintaan Nabi kepada ummatnya..
Setiap kali membayangkan betapa Nabi Muhammd saw mencintai kita,membuatkan srikandi tersentuh dan menitiskan air mata..tak tahu di mana kedudukan kita..adakah berpeluang mendapat syafaatnya di akhirat kelak?? mungkinkah dapat bertemu dengan Baginda dan dapat meminum air dari telaga kautharnya kelak?? layakkah kita menjadi ummat yg mengasihi dan dikasihinya?? ALLAHURABBI...Marilah kita perbanyakkan berselawat buat Junjungan Nabi tercinta..ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD..
Bulan ini juga sibuk diperkatakan isu sambutan 'valentine' yang kononnya hari meraikan kekasih yang sudah terang-terang meraikan sejarah kristian dan menyimpang dari ajaran islam yg sebenar..Srikandi tak pernah terkesan pun dengan sambutannya sebab dari kecil lagi sudah dididik oleh ayah dan ibu dengan didikan agama yang jelas..
Namun kebanyakan muda mudi hari ini sangat mudah terpengaruh dengan anasir-ansir negatif dan doktrinisasi barat ini tanpa membuat usul periksa sejarah diadakan sesuatu sambutan..Paling menyedihkan kebanyakan pasaraya-pasaraya yang pekerjanya semua melayu,islam dan bertudung juga sibuk menghias sana sini bertemakan valentine..hmm,,nak buat macamna kan terpaksalah bila semua bos-bos nya adalah orang kafir..
Ucapan tahniah buat Negeri Kelantan yang mengambil inisiatif menggantikan gelombang hari kekasih ini kepada 'Hari suami isteri'..=) Jelas menggambarkan betapa kerajaan di bawah pimpinan alim ulama' itu ingin menjaga akidah muda-mudinya..menggunakan pendekatan paling berhikmah untuk menggalakkan muda-mudi 'berkasih' dengan ikatan yang sah dan halal selepas akad perkahwinan..seronok juga kan kalau sekali sekala meraikan hari suami isteri,mengeratkan ikatan, menyuburkan kasih sayang dan percintaan di bawah redha ILAHI..
Jangan pilih keseronokan sementara,kasih sayang yang penuh kepura-puraan,menipu dan mengundang dosa...tapi jadilah seorang yang bijak untuk memilih sesuatu yang halal, berkat dan bahagia yang lebih realistik dan berpanjangan dengan bercinta selepas kawin=)
Kata-kata yang srikandi slalu peganag sebelum berkahwin " Jangan biarkan air yang sepatutnya mengalir jernih, dikeruhkan dimuaranya.." Memang ramai yang 'akhirnya' berkahwin juga setelah bertahun-tahun bercinta..namun takkan sama manis, indah, dan romantiknya bagi yang merasai saat-saat manis mula bercinta dengan ikatan yang sah dan penuh keberkatan..=)

Tentang hidup srikandi pula, bulan 2 ini sebenarnya genaplah setahun IEC beroperasi..Alhamdulillah syukur atas segala bantuan dariMU ya ALLAH..dan dengan izinNYA juga, kami membuka cawangan Ilman Tuition Centre (ITC) di sebelah taska IEC..(Sebenarnya impian srikandi dari awal lagi nak buka pusat tuisyen..ntah macamana boleh 'terbuka' taska plak..hehe) Subhanallah, sungguh baik perancangan ALLAH buat kami..syukur ya ALLAH..Moga sentiasa dapat mengingatkan diri tentang niat srikandi untuk menjadikan IEC pusat menyebarkan ilmu, mendidik khalifah kecil ini menjadi anak yang soleh dan solehah..Moga segala pekerjaan srikandi di dunia ini menjadi saham dia akhirat kelak..doa-doakan ye..=)
Dan yang paling best, bulan 2 ni juga hari lahir 'Kekasih' saya..My luvly husband..=)))..22/2..Setiap kali tarikh ni tiba, kepala ligat berfikir mahu hadiahkan dia apa, yang paling istimewa menyentuh hatinya..=) tahun sudah srikandi hadiahkan jam..setiap masa dan waktu dia memakainya=) terharu..itulah kali pertama srikandi hadiahkan dia dengan hadiah yang agak mahal..
Teringat masa pertama kali memberi dia hadiah kelahirannya,baru 6 bulan berkahwin..masih lagi bergelar pelajar..takde duit nak beli hadiah..akhirnya srikandi buat kad sendiri dan hadiahkan coklat kegemarannya..buat kad sembunyi-sembunyi sbb nak 'surprise' kan dia..letakkan kad dan coklat di atas almari pada pagi hari sebelum dia bangun tido..masih terbayang matanya yang berkaca-kaca kegembiraan dan terkejut dapat kad yang comel (ada gambar muka saya).."Katanya ini pertama kali dia dapat hadiah surprise begitu..mungkin sebab kami mula bercinta selepas berkahwin=))sama lah seperti srikandi juga yang pertama kalinya, seronok bercinta-cintun dengan suami tersayang..bayangkan kami berkenalan pada bulan 3,bertunang pada bulan 5 dan bernikah pada bulan 7 tahun yang sama!!....=)) Ya ALLAH, moga rumahtangga kami sentiasa sakinah, mahabbah wa rahmah dalam redhaMU..
My 'little' Hubby,Love u so much
Harap perkongsian ini dapat menyuntik semangat adik-adik dan sahabat-sahabat yang belum berkahwin agar memilih untuk bercinta selepas kahwin dan merasaikan kemanisannya..=) Dan juga buat sahabat baik saya, moga terus sabar menjaga hubungan pertunangan sebaik mungkin..u, simpan yang manis-manis itu selepas kawin je tau..sekarang ni biarlah pahit-pahit dan kelat-kelat sikit..hehe..Alhamdulillah syukur, terharu bila jadi 'orang tengah' baitul muslim buat dua pasangan soleh dan solehah yang insyaALLAH akan ke jinjang perkahwinan tak lama lagi..segalanya sudah ditentukan ALLAH buat mereka..ALLAH cuma gerakkan hati kami untuk menyatukan hati-hati mereka..hakikatnya hati kita smua adalah milik ALLAH yang lebih mengetahui segala-galanya..im happy for u my dear friend=)
THE END..
Celoteh srikandi di bulan Febuari..
Moga ada manfaat buat semua..=))