Wednesday, October 28, 2009

Lagi kekuasaan ciptaan ALLAH... pOKOK pELIK

Subhanallah..
 
Gambar-gambar ni srikandi terjumpa dalam internet...saja nak berkongsi,supaya kita lebih rasa tiada apa yang mustahil di sisi ALLah..Allah mampu menjadikan dan menciptakan apa sahaja mengikut kehendakNYA.
                                             
                                                              Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?”
[QS. Al- Fushshilat]

.



                                                   Pokok pisang berbuah di tengah batang



Yang ni pulak, pokok kelapa bercabang..first time tengok pokok kelapa camni



No comments:

Sebalik tabir 'KEMBARA SRIKANDI'

'Srikandi' sebenarnya mengingatkan saya pada sebuah tajuk novel yg pernah saya karang sebelum ni semasa menuntut di matrikulasi..mengisahkan ttg perjalanan hidup seorang gadis bernama Srikandi yg melalui pelbagai cabaran dalam hidup..liku2 yg terpaksa ditempuhnya sehingga menjadikan dia seorang 'srikandi' pejuang islam yang mengharapkan keredhaan Allah semata2...

Sebenarnya novel tu mengandungi luahan hati saya; dalam erti kata lain, watak utama novel tu banyak mengisahkan tentang hidup saya..

Mungkin sebab saya kurang selesa bercerita tentang hal peribadi pada orang lain selain ibu saya,ma..jadi saya abadikan segala yang terbuku di hati dalam novel tersebut..

tapi malangnya..file yang saya simpan dokumen tersebut telah dimusnahkan virus jahat yang telah bermastautin dalam komputer sekian lama..

Maka, habis luputlah semua hasil tulisan saya..tinggal kenangan..

lepas tu saya tak menulis lagi..

namun, KEMBARA 'srikandi' ini masih di teruskan..

menapak selangkah-demi selangkah..bertatih..

kadang-kadang tersadung..dan terjatuh..namun digagahkan hati untuk bangun semula..

Itulah liku hidup perjalanan seorang insan bernama manusia...tak pernah berhenti...sehinggalah bertemu Allah Rabbul Izzati..