Feature Update

Thursday, November 12, 2009

Pengisian usrah minggu ini...Surah al-Humazah

          



Setiap hari selasa, srikandi dan sahabat-sahabat guru yang lain akan pulang lewat dari biasa (3.30) kerana menghadiri usrah,,minggu ni giliran srikandi untuk kupas tafsir..surah al-humazah...

Al-Humazah


[1]
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
[2]
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
[3]
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
[4]
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
[5]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
[6]
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
[7]
Yang naik menjulang ke hati;
[8]
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
[9]
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

1 comment:

ZULTIE said...

Baguslah tulisan acu ni..
Teringin juga nak tgk cerita tu..
Teh nak copy contoh2 hadis tu dalam blog K.Teh.

Sebalik tabir 'KEMBARA SRIKANDI'

'Srikandi' sebenarnya mengingatkan saya pada sebuah tajuk novel yg pernah saya karang sebelum ni semasa menuntut di matrikulasi..mengisahkan ttg perjalanan hidup seorang gadis bernama Srikandi yg melalui pelbagai cabaran dalam hidup..liku2 yg terpaksa ditempuhnya sehingga menjadikan dia seorang 'srikandi' pejuang islam yang mengharapkan keredhaan Allah semata2...

Sebenarnya novel tu mengandungi luahan hati saya; dalam erti kata lain, watak utama novel tu banyak mengisahkan tentang hidup saya..

Mungkin sebab saya kurang selesa bercerita tentang hal peribadi pada orang lain selain ibu saya,ma..jadi saya abadikan segala yang terbuku di hati dalam novel tersebut..

tapi malangnya..file yang saya simpan dokumen tersebut telah dimusnahkan virus jahat yang telah bermastautin dalam komputer sekian lama..

Maka, habis luputlah semua hasil tulisan saya..tinggal kenangan..

lepas tu saya tak menulis lagi..

namun, KEMBARA 'srikandi' ini masih di teruskan..

menapak selangkah-demi selangkah..bertatih..

kadang-kadang tersadung..dan terjatuh..namun digagahkan hati untuk bangun semula..

Itulah liku hidup perjalanan seorang insan bernama manusia...tak pernah berhenti...sehinggalah bertemu Allah Rabbul Izzati..