Wednesday, December 30, 2009

Air dicincang takkan putus...


           Air  dicincang tak akan putus.Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua..begitulah di ibaratkan betapa eratnya hubungan kekeluargaan.Hubungan antara adik beradik,ayah ibu dan saudara mara..Memang tidak dapat dinafikan,walaupun ada sesetengah keluarga yg sanggup bermusuhan dan sakit menyakiti serta memutuskan hubungan kekeluarga..namun itu hanyalah beberapa kes terpencil kerana hakikatnya, bila kita datang dari darah daging yang sama,tidak dapat tidak hubungan itu pasti lebih akrab dan erat serta tidak mudah terputus walau apapun yang berlaku..

          Semalam Srikandi berborak-borak dengan mujahidnya tentang alam kanak-kanak mereka..macam-macam mujahid cerita tentang dirinya=)  fikiran srikandi pun melayang jauh kembali ke alam kanak-kanaknya..memang sangat manis..silih berganti wajah kakak dan abang serta adik keluar dalam minda srikandi..macam 'slide-show'..terpampang satu persatu babak-babak yang pernah berlaku dalam hidupnya bersama keluarga tercinta...keluarga terlalu penting dalam hidup kita,tanpa keluarga siapalah kita..

            Srikandi bersyukur dan berbangga kerana dia di lahirkan dalam sebuah keluarga yang besar.Dia mempunyai 5 orang kakak,seorang abang dan seorang adik lelaki..dan dia adalah yang ke tujuh dalam keluarganya=) seringkali bila ditanya berapa orang adik beradik yang dimilikinya, dan diberitahu semuanya 8 orang..rata-rata memberikan respon yang hampir serupa.."ramainya adik beradik awak"..

Alhamdulillah,terima kasih pada ma dan bak yang bertungkus lumus dan bersusah payah membesarkan kami dengan sebaik-baiknya..bukan hanya 'membesarkan' tetapi juga turut 'mendidik' kami menjadi manusia yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat insyaALLAH ..banyak kelebihannya bila membesar dalam keluarga yang besar.srikandi banyak belajar dari kakak2 dan abang menjadikan dia lebih matang dari kawan sebayanya terutama ketika berada di sekolah rendah..

Terlalu banyak kenangan manis ketika kecil srikandi bersama abang dan kakak-kakaknya.terutama kenangan bersama abang dan kakak kembarnya yang tak jemu2 melayan adiknya ini..kami pernah panjat atas atap,masuk dalam hutan belakang rumah, panjat bukit, masuk dalam gua tanah di tempat pembinaan rumah, malah mandi bersama-sama dalam kolah air di dalam tandas!! sekarang ni bila tengok kolah air dalam tandas kat rumah ma tu macam tak percaya je kami boleh masuk 3 orang dalam tu..sangat kecil,macamana la boleh muat..huhu..

         Sekarang semuanya telah berlalu..terlalu banyak manis dari pahit jika di kenang zaman kecil-kecil srikandi..dan sekarang,semuanya sudah membawa haluan masing-masing..apis,adik yang bongsu pun sudah selesai peperiksaan SPM...kakak yang sulung berkahwin dengan Arkitek, yang kedua berniaga di gerai masakan panas bersama suaminya, yang ketiga guru dan berkahwin dengan seorang lawyer, yang keempat berkahwin dengan imam dan ustaz di sekolah tahfiz,yang kembar kelima dan keenam, kakyin berkahwin dengan bussinessman,satu-satunya abang srikandi, penasyid dan mengusahakan syarikat rakaman sendiri dan berkahwin dengan akauntan..dan srikandi,memilih mujahid hatinya yang bekerja sebagai engineer..Alhamdulillah..

Terlalu susah kami nak berkumpul semua sekali..maklumlah adik beradik ramai perempuan dan perlu mengikut suami..kalau raya pun, belum pernah lagi semua sekali balik serentak..kadang-kadang teringin sangat srikandi nak berkumpul dengan semua adik beradik..namun semua itu bukanlah satu masalah.. hubungan kami masih tetap akrab..dan masih keep in touch..

Sekarang , giliran kami untuk membahagiakan ma..berbakti padanya dan membalas jasa-jasanya,walaupun mungkin takkan terbalas..buat arwah bak,hanya doa yang masih mampu kami kirimkan..Walau apa pun yang berlaku, srikandi tetap menyayangi semua adik beradiknya.dan berharap hubungan kekeluargaan ini akan kekal selamanya, terlalu berharga nikmat hubungan kekeluargaan mereka ini buat srikandi...moga kasih sayang antara mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat..aminn

Inilah gambar kelurga srikandi,,tapi gambar kakaknya yang ke tiga (kak tik hazita) tidak ada..harap maaf.
 











Yang sulung

Kak Nana (HAZANA BT HARUN)
Anak 3orang





Yang kedua
Kak ju ( HAZURA BT HARUN )
Anak 5 orang




         Yang ke tiga, kak tik ( HAZITA BINTI HARUN) anak 3orang
                         

Yang Keempat , Kak teh (HAZATI BT HARUN) anak 3orang

Yang kelima (Twin sister)Kak yin (SITI HAZRIN BT HARUN) anak 2orang

Yang keenam (twin brother) Bamin,panggilan pelat untuk abang min..(M.HAZAMIN BIN HARUN) anak 2 orang

Yang ketujuh, acu (ZAITI HAIDAR BT HARUN)

Yang bongsu, Apis/ cikpis ( M.HAFIZUDDIN BIN HARUN)










Gambar terbaru raya, tapi srikandi takde kerana beraya di rumah mertua di bangi.
Kak teh, Kak Tik dan Kak Ju pun tiada dalam gambar

=THE END=

No comments:

Sebalik tabir 'KEMBARA SRIKANDI'

'Srikandi' sebenarnya mengingatkan saya pada sebuah tajuk novel yg pernah saya karang sebelum ni semasa menuntut di matrikulasi..mengisahkan ttg perjalanan hidup seorang gadis bernama Srikandi yg melalui pelbagai cabaran dalam hidup..liku2 yg terpaksa ditempuhnya sehingga menjadikan dia seorang 'srikandi' pejuang islam yang mengharapkan keredhaan Allah semata2...

Sebenarnya novel tu mengandungi luahan hati saya; dalam erti kata lain, watak utama novel tu banyak mengisahkan tentang hidup saya..

Mungkin sebab saya kurang selesa bercerita tentang hal peribadi pada orang lain selain ibu saya,ma..jadi saya abadikan segala yang terbuku di hati dalam novel tersebut..

tapi malangnya..file yang saya simpan dokumen tersebut telah dimusnahkan virus jahat yang telah bermastautin dalam komputer sekian lama..

Maka, habis luputlah semua hasil tulisan saya..tinggal kenangan..

lepas tu saya tak menulis lagi..

namun, KEMBARA 'srikandi' ini masih di teruskan..

menapak selangkah-demi selangkah..bertatih..

kadang-kadang tersadung..dan terjatuh..namun digagahkan hati untuk bangun semula..

Itulah liku hidup perjalanan seorang insan bernama manusia...tak pernah berhenti...sehinggalah bertemu Allah Rabbul Izzati..