Thursday, December 10, 2009

Isi masa lapang dengan perkara yang berfaedah..

 Our mini libraray at home=)
 
 Di suatu sudut,tepi koridor


    Sejak cuti sekolah bermula, srikandi memulakan sesi 'home tuisyen' untuk anak-anak muridnya..memang seronok mengajar tuisyen di rumah..banyak masa kita boleh luangkan untuk buat kerja-kerja lain di rumah.

Jadual rutin srikandi,
                         
ISNIN-RABU - 9am-11am= special class tuisyen  b.arab(sorang je)
                          12.30-2.00= Math class (4orang)
                           2.15-3.30pm = English class (3orang)

lepas habis tuisyen srikandi berehat sebentar dan solat asar,lepastu masak untuk mujahid.dan makan malam bersama mujahid bila dia pulang dari kerja.
                         
Pada waktu lainnya pula srikandi habiskan masa mengemas rumah,buka internet,dan habiskan masa kat mini library yang srikandi buat ni..kebanyakan buku2 yang ada kat situ buku2 mujahid.dia sangat suke membaca dan koleksi bukunya berkotak-kotak..selain dari buku setemnya yang ada 5,6 buah buku sebab dia juga suka mengumpul setem sejak dari kecil..waktu kami pindah ke kerteh ni pun, barang2 yang banyak kami angkut ialah buku-buku ni sebab barang rumah lain takde lagi.
    
   Alhamdulillah,sejak ada mini librarry ni, srikandi cuba sematkan azam untuk habiskan satu buku dalam seminggu..moga-moga cuti srikandi terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.rasa seronok pulak bila ada mini library ni..jadi bersemangat nak baca buku2 yang ada kat situ..kadang2 rambang mata pulak nak baca buku yang mana satu dulu..haha.takpe,takpe, sabar srikandi..takkan lari gunung dikejar.orang tamak selalu rugi..jadi,jangan gopoh2..baca buku-buku tu satu persatu ye=) (nasihat untuk diri sendiri)

  Ini gambar terkini..buku-buku dah melimpah keluar..kena tambah rak buku lagi ni.buku dah semakin banyak..

 
inilah antara buku-buku yang srikandi sangat suke..bukunya best..

  
 Srikandi dah baca berulang-ulang kali buku ni..buku motivasi yang sangat memberi semangat dan inspirasi.


Buku yakjuj dan makjuj ni mujahid yang beli..pengisiannya agak berat dan berebentuk 'facts and history'..sebenarnya srikandi tak minat sangat buku jenis macam ni.tapi tajuknya best yang membuatkan kita ingin baca lagi dan lagi kerana rasa ingin tahu tentang yakjuj dan makjuj                                                                                                  

 Buku ni pun best.karangan Tuan Guru Nik Aziz..sanagt  menginsafkan bila baca
 

 Selain dari hobi membaca, srikandi sempat juga bercucuk tanam..hehe.kat rumah apartment macam ni takde tanah.tak bolehla nak berkebun..so srikandi dalam proses nak buat mini garden plak kat koridor..nak bubuh kolam ikan yang kecil untuk ikan gapi dan sedikit pokok2 bunga..buat masa ni, hanya pokok ni je yang ada..pandan,serai baru nak hidup..yang lain2 tu pokok2 yang diambil dari rumah ma dan di tanam dalam pasu yang srikandi beli..seronok pulak ada hobi macamni..


 
          Moga setiap hari srikandi dapat diisi dengan perkara yang berfaedah dan mendapat keberkatan dari ALLAH..amin.

No comments:

Sebalik tabir 'KEMBARA SRIKANDI'

'Srikandi' sebenarnya mengingatkan saya pada sebuah tajuk novel yg pernah saya karang sebelum ni semasa menuntut di matrikulasi..mengisahkan ttg perjalanan hidup seorang gadis bernama Srikandi yg melalui pelbagai cabaran dalam hidup..liku2 yg terpaksa ditempuhnya sehingga menjadikan dia seorang 'srikandi' pejuang islam yang mengharapkan keredhaan Allah semata2...

Sebenarnya novel tu mengandungi luahan hati saya; dalam erti kata lain, watak utama novel tu banyak mengisahkan tentang hidup saya..

Mungkin sebab saya kurang selesa bercerita tentang hal peribadi pada orang lain selain ibu saya,ma..jadi saya abadikan segala yang terbuku di hati dalam novel tersebut..

tapi malangnya..file yang saya simpan dokumen tersebut telah dimusnahkan virus jahat yang telah bermastautin dalam komputer sekian lama..

Maka, habis luputlah semua hasil tulisan saya..tinggal kenangan..

lepas tu saya tak menulis lagi..

namun, KEMBARA 'srikandi' ini masih di teruskan..

menapak selangkah-demi selangkah..bertatih..

kadang-kadang tersadung..dan terjatuh..namun digagahkan hati untuk bangun semula..

Itulah liku hidup perjalanan seorang insan bernama manusia...tak pernah berhenti...sehinggalah bertemu Allah Rabbul Izzati..