Feature Update

Friday, August 12, 2011

Motivasi diri dengan KALAMULLAH..


Salam pagi Jumaat 12 Ramadhan yang indah=)
Moga semua sentiasa sihat sejahtera dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi..
 Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, srikandi nak mengajak kita semua memperbanyakkan tadabbur al-quran..membaca dan menghayati maksudnya..

SUBHANALLAH..
Tenangnya hati dan perasaan tatkala membacanya..

Ayat-ayat CINTA dari kalam ILAHI sangat indah buat hamba-hambanya yang mahu berfikir..
sumber inspirasi dan motivasi terbaik dari ALLAH buat hamba-hambanya..
Tak sama kesannya seperti kita membaca buku-buku motivasi dan pembangun jiwa..

Setiap kali srikandi rasa lemah dan sedih, srikandi akan mengubat jiwanya dengan membaca al-quran..
dan setiap kali itu juga ayat yang dibaca seolah-olah sangat kena dengan situasi yang sedang srikandi hadapi..
pasti ada ayat yang seolah-olah memberi peringatan,nasihat atau penenag jiwa buat srikandi..
kadang-kdang mengalir air mata, sebak, insaf..
terasa seperti ALLAH sedang 'menegur' kita...
memberi peringatan, melalui kalamnya yang suci...

"Ya ALLAH, jadikanlah aku hambamu yang sentiasa mengagungkan al-quran, menjunjung isinya dan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangan dariMU yang terkandung di dalamnya..menjadikan al-quran panduan dan pedoman sepanjang hidupku.."

Moga-moga al-Quran ini akan menjadi 'makhluk' yang paling indah menemaniku di alam barzakh kelak..

Jom pupuk rasa cintakan AL-QURAN dalam diri,
kaum keluarga dan anak-anak sejak dari kecil..

Terima kasih buat Ma dan Bak
yang telah mengajarkan anakmu ini membaca alquran dengan baik,
menghayati isi kandungannya
dan menjadikannya sebagai panduan hidup..

sebagai penyejuk mata,
hayatilah..
Wallpaper kembara srikandi,
ayat-ayat cinta dari ILAHI








No comments:

Sebalik tabir 'KEMBARA SRIKANDI'

'Srikandi' sebenarnya mengingatkan saya pada sebuah tajuk novel yg pernah saya karang sebelum ni semasa menuntut di matrikulasi..mengisahkan ttg perjalanan hidup seorang gadis bernama Srikandi yg melalui pelbagai cabaran dalam hidup..liku2 yg terpaksa ditempuhnya sehingga menjadikan dia seorang 'srikandi' pejuang islam yang mengharapkan keredhaan Allah semata2...

Sebenarnya novel tu mengandungi luahan hati saya; dalam erti kata lain, watak utama novel tu banyak mengisahkan tentang hidup saya..

Mungkin sebab saya kurang selesa bercerita tentang hal peribadi pada orang lain selain ibu saya,ma..jadi saya abadikan segala yang terbuku di hati dalam novel tersebut..

tapi malangnya..file yang saya simpan dokumen tersebut telah dimusnahkan virus jahat yang telah bermastautin dalam komputer sekian lama..

Maka, habis luputlah semua hasil tulisan saya..tinggal kenangan..

lepas tu saya tak menulis lagi..

namun, KEMBARA 'srikandi' ini masih di teruskan..

menapak selangkah-demi selangkah..bertatih..

kadang-kadang tersadung..dan terjatuh..namun digagahkan hati untuk bangun semula..

Itulah liku hidup perjalanan seorang insan bernama manusia...tak pernah berhenti...sehinggalah bertemu Allah Rabbul Izzati..